2)MUHIBAH DAN PERPADUAN
Petang hari pergi ke pekan,
Pulang membawa sebungkus laksa;
Hidup muhibah perlu diamalkan,
Di negara Malaysia berbilang bangsa.
Cantik bergugus buah papaya,
Masak dipetik satu persatu;
Walaupun berlainan bangsa budaya,
Kerana muhibah hidup bersatu.
Air mengalir dalam terusan,
Mengairi sawah beratusan relung;
Bekerjasama segala urusan,
Tanda bersatu bergotong-royong.
Tuan puteri dari kayangan,
Senyuman manis seperti madu;
Bermacam-macam keturunan bukan halangan,
Untuk membina bangsa yang padu.
Enak nian air kelapa,
Penawar sakit mujarab sekali;
Kebudayaan asal tidak dilupa,
Kebudayaan nasional mereka banggai.
Maksud:
Rangkap 1
Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan rakyatnya perlu mengamalkan cara hidup muhibah.

Rangkap 2
Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya, namun kerana amalan cara hidup muhibah, rakyat dapat hidup bersatu padu.

Rangkap 3
Dalam semua urusan, rakyat hidup bersatu padu dan bergotong-royong berkat hidup
bekerjasama.

Rangkap 4
Rakyat yang berbilang keturunan tidak akan menjadi halangan untuk rakyat Malaysia membentuk menjadi bangsa yang bersatu padu.

Rangkap 5
Sebagai rakyat yang berbilang kaum, tentulah mempunyai berbilang budaya dan cara hidup. Namun, kebudayaan dan cara hidup asal tidak akan dilupakan walaupun kebudayaan nasional diamalkan.

Nilai
1 .Nilai bekerjasama.
Masyarakat berbilang kaum hidup bekerjasama menjalankan amalan gotong-royong.

2. Nilai
hormat-menghormati.
Masyarakat yang berbilang kaum saling menghormati adat dan budaya masing-masing.

3. Nilai
semangat bermasyarakat.
Menjalankan amalan gotong-royong menunjukkan semangat hidup bermasyarakat.

4. Nilai
Patriotisme.
Masyarakat yang cinta akan tanah air dan sentiasa bangga dengan kebudayaan tempatan.

Pengajaran
1. Kita hendaklah bertolak ansur dalam segala hal sebagai rakyat sebuah negara berbilang kaum.

2. Kita
hendaklah hidup bersatu padu untuk mengekalkan keharmonian negara.
3. Kita
hendaklah hidup berkerjasama dan bertoleransi dalam masyarakat yang berbilang
kaum.
Petikan:
Cikgu Phong From SMK Jalan Damai, B. (2011). Pantun Empat kerat
(Muhibah dan Perpaduan).Cikguphong.blogspot.com. Available at: http://cikguphong.blogspot.com/2011/03/pantun-empat-kerat-muhibah-dan.html
[Accessed
26 Oct. 2018].
No comments:
Post a Comment