Sebelum Tenggang menjawab kata,
terdengar suara isteri jelita,
lihatlah kanda perempuan tua,
gila agaknya mengaku bonda.
Sudah bertahun bertambahlah umur,
ibu yang tua semakin uzur,
kulit di badan hodoh dan kendur
malulah Tenggang hendak menegur.
Mendengar isteri berkata begitu,
Tenggang sungguh merasa malu,
terus dia menghalau ibu,
pergi jauh dari situ.
Betapa hancur hati si ibu,
bagai kaca terhempas ke batu,
anak seorang yang amat dirindu,
tidak disangka begini laku.
Berkayuh ibu balik ke pantai,
dengan langkah lemah dan longlai,
hancur hati berkecai-kecai,
air mata jatuh berderai.
Ibu bermohon kepada Tuhan,
jika benarlah anak kandungan,
dengan susuku aku besarkan,
anak yang derhaka tunjukkan balasan.
Tiba-tiba turunlah ribut,
guruh berdentum sahut-menyahut,
orang di bahtera kelam-kabut,
masing-masing menjerit takut.
Tenggang tersedar kejamnya laku,
barulah berteriak memanggil ibu,
ibu sudah tiada di situ,
seluruh bahtera menjadi batu.
Maksud
Rangkap 1
Ibu Si Tenggang dicaci oleh isteri Si Tenggang, kerana ibu sudah tua.
Rangkap 2
Si Tenggang berasa malu kerana ibunya kulit pun sudah berkedut dan tidak tegang, dia bukan lagi perempuan yang kelihatan muda dan jelita.
Rangkap 3
Si Tenggang berasa malu akan ibunya sendiri, lalu menghalau ibunya untuk pergi jauh daripada mereka suami isteri.
Rangkap 4
Ibu Si Tenggang sangat sedih dan kecewa kerana anaknya sanggup begitu sejuk hati layan ibu. Asyik ibu rindu akan Si Tenggang, tetapi Si Tenggang malu kerana ibu sudah tua.
Rangkap 5
Dengan berat hati, ibu berkayuh balik ke pantai sambil menangis.
Rangkap 6
Ibu meminta Tuhan untuk hukum anaknya kerana begitu menderhaka terhadap ibu.
Rangkap 7
Tiba-tiba, angin bertiup dengat kuat sampai menjadi ribut dengan guruh. Orang di dalam perahu juga takut dan menjerit-jerit.
Rangkap 8
Si Tenggang akhirnya menyedari bahawa dia tidak mentaati ibunya, lalu memanggil dan mencari ibunya tetapi ibu dan perahu pun sudah tiada di sana.
Nilai
- Hormati orang tua.
- Sayangi dan hargai ibu.
Pengajaran
- Kita hendaklah menghormati orang tua kerana mereka telah membesarkan dan menyayangi kita sejak kita kecil lagi.
- Biarpun sudah tua, hati ibu masih ingin mengambil berat akan kehidupan anaknya.
- Antara satu perkara yang menyakitkan hati seorang ibu adalah apabila anak sendiri tidak kisah tentang keperluan dan kerinduan ibu terhadap anaknya.
Petikan
Hadi, B. (2017). Pantun, syair, gurindam, puisi, sajak dan seloka- apa bezanya?. mukasurat.my. Available at: http://mukasurat.my/2017/12/18/puisi-tradisional-melayu/. [Accessed: 27 Oct. 2018].
No comments:
Post a Comment