Dengan bapa jangan durhaka,
supaya Allah tidak murka.
Dengan ibu hendaklah hormat,
supaya badan dapat selamat.
Dengan anak janganlah lalai,
supaya boleh naik ke tengah balai.
Dengan isteri dan gundik janganlah alpa,
supaya kemaluan jangan menerpa.
Dengan kawan hendaklah adil supaya tangannya jadi kafill.
Maksud
Rangkap 1
Patuhi cakap bapa supaya Allah tidak murka, kerana Allah tidak suka hambanya yang berduhaka dengan orang tuannya.
Rangkap 2
Jika hendak keselamatan, kita perlu hormati ibu masing-masing.
Rangkap 3
Jangan lupa ketubuhan anak, didik mereka dengan baik supaya anak boleh membesar dan menjadi orang terpandang.
Rangkap 4
Jangan lupa akan kewajiban isteri, perlu adil dengan isteri dan selir supaya tidak dipermalukan dan keharmonian dalam rumah tangga tidak terganggu.
Rangkap 5
Berbuat baik and adil dengan teman supaya dapat saling membantu dan bekerjasama, kerana jika kita ada kesulitan, teman kita akan sentiasa membantu, dan kita juga perlu sentiasa bantu teman kita apabila mereka mendapat kesulitan. Nilai
- Ketaatan kepada ibubapa
- Kerjasama antara suami isteri
- Keharmonian rumah tangga
- Kehormatan antara ahli keluarga
Pengajaran
- Kita perlulah mentaati ibubapa kerana mereka telah menggunakan banyak masa dan usaha untuk mendidik dan membesarkan kita.
- Kita perlulah menghormati satu sama lain dalam sekeluarga, supaya ahli keluarga boleh bekerjasama dalam masa kesulitan. Dengan itu, berkeharmonian rumah tangga boleh dicapai.
Petikan
Saad, I., Ferdiansyah, M. F., Haryati, S., Fidareni, S. A. (2015). Makna Gurindam Dua Belas Karya Raja Ali Haji. Fakultas Sastra Universitas Negeri Malang. Available at: http://www.academia.edu/18785692/MAKNA_GURINDAM_DUA_BELAS_KARYA_RAJA_ALI_HAJI. [Accessed 28 Oct. 2018].
No comments:
Post a Comment