3) BERSATU HATI
Gunung Tahan sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang;
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payah menjadi senang.
Melangir keris pusaka hikmat,
Keris sejarah sejak bahari;
Kalau gadis ingin selamat,
Jangan murah menjual diri.
Menanam bunga di dalam pasu,
Bunga melati, bunga pandan;
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.
Nyiur muda dibuat pengat,
Mari dimakan bulan puasa;
Wahai pemuda hendaklah ingat,
Kerana mulut badan binasa.
Orang berkelah di Tanjung Rhu,
Sambil memanggang si ikan sepat;
Hendaklah banyak menghadap guru,
Supaya terang jalan makrifat.
Rendang sungguh pohon ara,
Tumbuh subur di tepi telaga;
Tidak salah berkenal mesra,
Tatasusila perlu dijaga.
Maksud:
Rangkap 1
Bekerjasama perlu
diamalkan agar pekerjaan yang susah akan menjadi senang.
Rangkap 2
Seorang gadis perlulah
menjaga maruah diri supaya terselamat daripada perkara yang tidak baik.
Rangkap 3
Mengikut tuntutan hawa
nafsu akan merosakkan tubuh sendiri.
Rangkap 4
Percakapan yang tidak
dijaga akhirnya akan membawa bencana kepada diri seseorang.
Rangkap 5
Seseorang murid itu
hendaklah rajin berdamping dengan gurunya supaya apa-apa yang dipelajari akan
lebih mudah difahami.
Rangkap 6
Kita digalakkan
berkenal-kenalan antara satu sama lain namun batas-batas pergaulan perlulah
dijaga.
Nilai
- Rasional.
- Berwaspada.
- Bekerjasama.
- Bersopan santun.
- Bijak menjaga diri.
Pengajaran
- Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
- Kita perlulah bijak dalam menjaga marusah diri.
- .Kita hendaklah bersikap rasional dan tidak mengikut hawa nafsu.
- .Kita perlulah berwaspada ketika berbicara.
- .Kita hendaklah berguru ketika menuntut ilmu supaya tidak terpesong.
- .Kita hendaklah sentiasa menjaga adab dan tingkah laku.
Petikan: Lau, J., profile, V. and
Lau, J. (2015). Pantun Nasihat (Bersatu Hati).
Novelkomsasjawapan.blogspot.com. Available at: http://novelkomsasjawapan.blogspot.com/2015/05/pantun-nasihat-bersatu-hati.html
[Accessed
26 Oct. 2018].
No comments:
Post a Comment