Jika hendak mengenai orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.
Maksud
Rangkap 1
Budi dan bahasa dapat mencerminkan sifat seseorang. Jika hendak mengenal seseorang yang berbangsa dan bermulia, kita patut memerhatikan aksinya dan kegunaan bahasanya.
Rangkap 2
Jika hendak berbahagia, kita perlu menghargai dan menjaga perkara perkara yang kerap disia-siakan, seperti masa, kesempatan, dan lain-lain.
Rangkap 3
Kemuliaan seseorang dapat dilihat daripada kelakuan dan tingkah lakunya kerana dia akan melakukan hal yang baik, tidak akan buat hal yang menentang nilai-nilainya.
Rangkap 4
Kalau ingin mengenal orang yang memiliki ilmu, kita hendaklah sentiasa bertanya soalan untuk belajar, kerana orang yang berilmu tidak akan jemu mencari dan mempelajari pengetahuan baru.
Rangkap 5
Orang yang berakal akan sentiasa membuat penyediaan supaya dia sentiasa sedia untuk apabila dia memerlukannya.Rangkap 6
Jika ingin mengenal seorang yang berperangai baik, lihatlah perangai kumpulan orang atau golongan kawan yang selalu bersamanya kerana orang biasanya akan berkumpul dengan kawan yang berperangai sama.
Nilai
- Tingkah laku seseorang boleh mencerminkan sifatnya.
- Sentiasa sedia untuk apa-apa sahaja.
Pengajaran
- Memerhatikan tingkah laku sifat seseorang yang ingin dicontohi.
- Untuk menjadi seorang yang berbijaksana, kita perlulah sentiasa membuat penyediaan supaya boleh mengatasi cabaran yang menghalangi kita, dan kita boleh belajar daripada pengalaman itu.
Petikan
Saad, I., Ferdiansyah, M. F., Haryati, S., Fidareni, S. A. (2015). Makna Gurindam Dua Belas Karya Raja Ali Haji. Fakultas Sastra Universitas Negeri Malang. Available at: http://www.academia.edu/18785692/MAKNA_GURINDAM_DUA_BELAS_KARYA_RAJA_ALI_HAJI. [Accessed 28 Oct. 2018].
No comments:
Post a Comment